Thursday, February 28, 2019



NAMA PENSYARAH:

EN.MOHD ZAID BIN ISMAIL
EN.MUHAMMAD SOLIHIN BIN YAAKUB

NAMA AHLI KUMPULAN:

BALWIN RAJ A/L RAJARATENAM (15DPB18F1029)
ABINESHWARY A/P SUBRAMANIAM(15DKA18F1003)
SHANGKARI A/P KAILANATHAN (15DPB 18F1044)
PIREVINNA A/P BALSAGARAN(15DKA18F1068)
SURYAH A/L SELVARAJU(15DPB18F1022)
VANESSA A/ P M.SURESH (15DKA18F1041)
THEVARAO A/L RAJARAO( 15DKA18F1045)
HARIHARAN A/L LEPHRAN (15DPB18F1039)
BRENDON SAVERO A/L MICHAEL LEO (15DKA18F1049)

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA


 Keluarga merupakan  unit terkecil daripada masyarakat yang terdiri atas kepala keluarga dan beberapa orang yang terkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah suatu atap dalam keadaan saling ketergantungan. Dalam keluarga tersebut ibu bapa merupakan insan yang paling  bermakna dalam hidup kita.Tanpa mereka,kita tidak mungkin wujud di dalam alam ini kerana mereka telah membuat banyak jasa dan berkorban demi kita . Kewujudan keluarga bahagia dan penyayang hanya akan lahir daripada sebuah keluarga yang harmoni. Ahli keluarga perlu memainkan peranan positif ke arah mewujudkan keluarga penyayang bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


Faktor pemilihan isu tersebut:


 Segelintir anak yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak yang sepatutnya menjaga ibu bapa masing-masing. Nilai yang sepatutnya diamalkan oleh anak-anak tersebut ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Sebagai seorang anak, kewajipan kita terhadap keluarga ialah untuk menjaga ibu bapa kita. Kita sepatutnya sanggup memikul tugas ini dengan hati yang ikhlas kerana ibu bapa kita telah bersusah payah untuk menjaga kita.

 Tambahan pula, kita patut melaksanakan kewajipan kita terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia dapat dilahirkan  jika setiap orang sanggup melaksanakan tanggungjawab mereka dan memastikan keluarga mereka sentiasa gembira. Anak-anak yang menempatkan ibu bapa mereka di rumah orang-orang tua selalunya tidak mengenang jasa ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka yang sanggup berkorban diri untuk membesarkan anak-anaknya supaya dapat berjaya dalam kehidupan berharap apabila mereka sudah tua, anak-anak mereka akan mengenangkan jasa itu.

 Masyarakat ini harus mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap ibu bapa mereka. Contohnya, kita haruslah mengenang jasa ibu bapa kita dengan cinta yang mendalam semasa mereka sudah tua. Masyarakat haruslah mempunyai perasaan sayang terhadap ibu bapa mereka dan menjaga ibu bapa dengan sebaik mungkin. Ibu bapa ditempatkan di rumah orang-orang tua disebabkan oleh anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka.

 Konflik dengan ibu bapa.Konflik rumahtangga boleh tercetus dan menggugat keluarga termasuklah anak-anak. Pertelingkahan ibu bapa yang berlaku di hadapan anak-anak merupakan satu pengalaman yang pahit dalam hidup mereka. Emosi negatif kesan dari konflik boleh mempengaruhi anak-anak. Emosi negatif menjejaskan perhubungan anak-anak dengan orang lain. Ibu bapa yang bertelingkah cenderung untuk melepaskan kemarahan kepada anak-anak.Semasa ibu bapa bertengkar, remaja memerhatikan cara kedua-dua ibu bapa berkomunikasi dan mereka akan mencontohi tingkah laku yang buruk.dari itu anak anak akan kekurangan kasih sayang terhadap ibu bapa.

 Malahan , kekurangan tanggungjawab anak tehadap ibu bapa juga disebabkan terpengaruh dengan aktiviti aktiviti yang tidak bermanfaat dan juga terpengaruh dengan rakan sebaya.Tambahan pula,kekurangan didikan agama akan menyebabkan anak anak bertindak secara tidak rasional. nak-anak yang tidak mendapat didikan agama dan kerohanian sejak kecil lagi akan cenderung mementingkan diri sendiri dan mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa yang sudah tua. Mereka tidak tahu menghormati, menyayangi dan menghargai pengorbanan serta kepayahan ibubapa yang mengasuh mereka sejak kecil hingga dewasa.Apabila ibu bapa tidak berupaya dari segi fizikal ataupun mental, mereka melepaskannya kepada pihak lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pusat-pusat jagaan dengan pelbagai alasan.



 Status isu tersebut di malaysia pada masa kini:

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun ke arah mencapai matlamat menjadi negara maju. Pembangunan ini sekali gus telah meningkatkan taraf hidup rakyat.Namun demikian, terdapat  juga isu isu tanggungjawab anak terhad ibu bapa masih berbangkit seperti menghantar ke rumah orang tua dan tidak menyediakan keperluan harian untuk mereka. Kejadian ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat negara ini sehingga media massa cetak dan elektronik telah menguar-uarkan keburukannya.


































CADANGAN KEPADA PIHAL YANG BERWAJIB


Antaranya tanggungjawab anak terhdap ibu bapa  adalah :-

1.)Bercakap sopan santun dengan ibu bapa

 Ketika bercakap dengan ibu bapa, seseorang tidak boleh meninggikan suara .Sebagai seorang anak,kita hendaklah mentaati segala arahan yang diberikan oleh ibu bapa  kita.Taat kepada ibu bapa berlaku dengan melaksanakan keinginan mereka berdua, menjauhi apa-apa yang menyakiti hati mereka, bersegera dalam menjawab dan menyenangkan hati mereka. Walaubagaimanapun ketaatan kepada ibu bapa tidak boleh meelanggar syariah Allah. Apabila mereka memerintahkan untuk melakukan perkara seperti syirik, mencuri, atau meninggalkan sembahyang, maka tidak wajib seseorang anak itu mentaatinya malah perlu dihindari. Sekiranya ibu bapa meminta anak menceraikan isterinya, harus dilihat dari sebab mengapa perlu dilakukan. Apabila kedua ibu bapa memerintahkan untuk menceraikan isterinya kerana buruknya akhlak isteri atau tidak dapat menjalankan tanggugjawab sebagai isteri maka wajib untuk mentaati perintah kedua ibu bapanya. Namun sekiranya perintah untuk menceraikan isteri itu berdasarkan perkara peribadi yang tidak dapat diterima oleh akal yang sihat dan agama maka tidak wajib perintah itu untuk ditaati.

2.)Menjaga maruah keluarga

Seseorang anak tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti-aktivit negatif seperti gangsterisme dan pergaulan bebas yang boleh menjejaskan maruah keluarga . Malahan rahsia keluarga  tidak patut  diketahui oleh orang lain perlu dijaga dengan baik . Belajar bersungguh sungguh dan menjadikan insan yang  baik.

3.)Memberikan wang kepada ibu bapa

 Dengan itu, ibu bapa boleh membeli barangan  keperluan harian atau mengumpul wang tersebut dengan sebagai tabung. Itu merupakan tanggungjawab kita kerana ibu bapa telah melakukan segala keperluan dan kehendak kita tanpa mengharapkan apa jua daripada kita sebagai anak. Memberikan nafkah kepada kedua ibu bapa adalah salah satu cara berbuat baik kepada ibu bapa. Memberi nafkah yang dapat mengcukupi keperluan ibu bapa dan ia sesuai dengan kemampuan keduanya seperti memberikan makanan, pakaian, perkhidmatan dan sebagainya. Warga emas yang tidak mempunyai wang simpanan di hari tua tidak mampu menguruskan kehidupan mereka dengan baik apabila di usia tua, mereka tidak lagi berupaya bekerja kuat mencari nafkah. Ramai di kalangan mereka yang hidup terbiar, menjadi kutu rayau dan pengemis.

4.)Memberikan kasih sayang dan prihatin terhadap ibu bapa

Semasa kecil anak anak disayangi oleh ibu bapa dengan sepenuh hati dan kini sampai masanya,  anak perlu menyayangi ibu dengan sepenuh hati.Sebagai anak,kita hendaklah membalas jasa dan pengorbanan mereka.Walaupun kita tahu bakti yang kita lakukan tidak mampu membalas tidak mampu untuk membalas selaut jasa dan pengorbanan mereka. Walaupun Ibu bapa tidak mengharapkan wang dan kemewahan yang kita berikan kepada mereka , mereka hanya mengharapkan perhatian dan kasih sayang daripada kita.


5.)Mendapatkan rawatan jika ibu bapa sakit

Anak anak perlu memastikan ibu bapa dalam keadaan sihat.sekiranya ibu bapa tidak sihat perlu membawa ke hospital untuk mendapat rawatan dan perlu menyediakan ubat -bat yang diperlukan Anak anak perlu membawa ibu bapa untuk pemeriksaan doktar setahun sekali  dan juga boleh ambil insurans kesihatan untuk ibu bapa.



6.)Menjaga keselamatan ibu bapa
Jika anak berjauhan ibu bapa perlu pastikan ibu bapa mempunyai tempat tinggal yang selamat daripada sebarang ancaman.Anak anak perlu menjamin keselamatan mereka dan mencari pembantu rumah supaya tidak menyusahkan mereka.anak anak yang berjauhan perlu menziarahi ibu bapa dan perlu meluang masa untuk mengeratkan subungan silaturahim.







RUMUSAN

Institusi keluarga sangat penting untuk membina ahli ahlipenyayang yang bahagia dan sejahtera.Anak anak perlu mewujudkan keluarga yang bahagia dan perlu mewujudkan hubungan yang erat antara satu sama lain contohnya boleh pergi ke lawatan , rekreasi dan riadah  dan perlu meluangkan masa untuk menangani masalah ini.Sebut saja keluarga bahagia, sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita bahawa kehidupan satu keluarga yang bebas daripada gejala sosial,kita  mengamalkan corak hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud di dalamnya sifat kasih sayang yang amat tinggi dan saling menghormati. Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan berumahtangga, maka akan lahirlah generasi-generasi yang mempunyai modal insan yang berkualiti.Keluarga ialah satu institusi penting dalam negara yang berperanan sebagai penyumbang terpenting kepada kesejahteraan diri dan masyarakat dan sekaligus menyumbang kepada keharmonian negara.Sebuah keluarga itu adalah asas kepada sebuah masyarakat. Jika sebuah keluarga itu utuh dan mengamalkan kasih sayang di antara ahlinya, sudah tentu ia akan dapat melahirkan masyarakat penyayang dan baik dalam semua segi. 

***************************************************************************************************




KEMPEN ANTI DADAH










**SEKIAN TERIMA KASIH**

NAMA PENSYARAH: EN.MOHD ZAID BIN ISMAIL EN.MUHAMMAD SOLIHIN BIN YAAKUB NAMA AHLI KUMPULAN: BALWIN RAJ A/L RAJARATENAM (15D...